Powered By Blogger

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Tempat Menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempat Menarik. Papar semua catatan

Khamis, 8 Ogos 2013

Taman Reakriasi Ulu Bendul


Terletak kira-kira 25 kilometer dari Seremban atau lima kilometer dari pekan Kuala Pilah, Taman Rekreasi Ulu Bendul (TRUB) menawarkan destinasi percutian keluarga dikelilingi kehijauan hutan lipur.
Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.
Pengunjung pasti tertarik dengan keluasan kolam mandi buatan yang boleh memuatkan 100 orang. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.
Ada yang datang bersama ahli keluarga berendam seharian. kerana ia seperti menyediakan kolam mandi percuma kepada pelancong.
Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk si cilik.
Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.
Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.
Di sini, orang ramai boleh mandi dengan selamat sambil melihat pemandangan hutan lipur yang semula jadi.
Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin manakala paras airnya lebih dalam.
TRUB juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.
Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.
Jika mahu makan, mereka boleh menikmati pelbagai juadah di gerai makan berhampiran pintu masuk taman.

Isnin, 5 Ogos 2013

Taman Tasik Seremban


Taman yang mempunyai pemandangan yang indah ini adalah tempat yang terbaik untuk berjogging pada pagi ataupun petang. Pokok-pokok yang tinggi dan besar ini memberikan tempat berteduh kepada orang yang mengunjunginya.
Terdapat bangku panjang yang diperbuat daripada konkrit di tepi tasik di mana pelawat boleh berehat dan menikmati keindahannya.

Pantai Teluk Kemang Port Dickson



http://www.portdickson.net/images/spots/big/7105000101.jpg 
Teluk Kemang merupakan pantai yang paling terkenal kepada pelancong. Ini kerana pantai yang panjangnya 1.8km biasanya dikunjungi oleh 20,000 hingga 30,000 pelancong setiap minggu dan juga 50,000 hingga 80,000 semasa cuti panjang. Pantai ini dilengkapi dengan kemudahan asas contohnya tempat letak kereta, bilik mandi dan tandas awam. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis cenderamata.

Pantai ini m
empunyai landskap yang menarik. Terdapat juga Life-guards untuk memastikan keselamatan anda. Anda mempunyai pelbagai pilihan aktiviti air seperti jet-ski, kanu, banaa-bot dan sudah tentu, berenang!


Pantai Teluk Kemang juga berfungsi sebagai stesen untuk pelbagai aktiviti luar yang dianjurkan oleh VNET, termasuk lawatan snorkeling, memancing, menaiki bot, permainan yang melampau dan lain-lain.

Istana Lama Seri Menanti



Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.
Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. [1]. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

Istana Seri Menanti atau "Istana Lama"
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.