Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.
Pengunjung pasti tertarik dengan keluasan kolam mandi buatan yang boleh memuatkan 100 orang. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.
Ada yang datang bersama ahli keluarga berendam seharian. kerana ia seperti menyediakan kolam mandi percuma kepada pelancong.
Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk si cilik.
Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.
Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.
Di sini, orang ramai boleh mandi dengan selamat sambil melihat pemandangan hutan lipur yang semula jadi.
Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin manakala paras airnya lebih dalam.
TRUB juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.
Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.
Jika mahu makan, mereka boleh menikmati pelbagai juadah di gerai makan berhampiran pintu masuk taman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan