Powered By Blogger

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Ogos 2013

Gulai Daging Salai dengan Bacang




Bahan

Daging Salai                  1/2 kg  
Bacang Muda                1 biji  (dicincang atau dipotong potong ikut selera)
Cili Padi                         1 genggam kisar
Kunyit Hidup                  3 cm kisar
Kelapa                           1 biji @ lebih..ikut selera kita nak pekat ker nak cair ker

Cara
  1. Rebus daging dengan kunyit hidup hingga dagingnya empuk.
  2. Masuk santan dan cili padi kisar,  tunggu hingga mengelegak dan pecah minyak.
  3. Baru masukkan bacang tadi,  tunggu kuah mengelegak dan bacang kelihatan dah masak..tutup api..siap..!!

Rabu, 14 Ogos 2013

Kedudukan Geografi N.S.


Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan
    Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
    • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
    • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
    • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
    Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.

    Isnin, 12 Ogos 2013

    Prinsip-prinsip Adat Perpatih

    Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
    1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
    2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
    3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
    4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
    5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

    Khamis, 8 Ogos 2013

    Taman Reakriasi Ulu Bendul


    Terletak kira-kira 25 kilometer dari Seremban atau lima kilometer dari pekan Kuala Pilah, Taman Rekreasi Ulu Bendul (TRUB) menawarkan destinasi percutian keluarga dikelilingi kehijauan hutan lipur.
    Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.
    Pengunjung pasti tertarik dengan keluasan kolam mandi buatan yang boleh memuatkan 100 orang. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.
    Ada yang datang bersama ahli keluarga berendam seharian. kerana ia seperti menyediakan kolam mandi percuma kepada pelancong.
    Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk si cilik.
    Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.
    Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.
    Di sini, orang ramai boleh mandi dengan selamat sambil melihat pemandangan hutan lipur yang semula jadi.
    Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin manakala paras airnya lebih dalam.
    TRUB juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan.
    Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.
    Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.
    Jika mahu makan, mereka boleh menikmati pelbagai juadah di gerai makan berhampiran pintu masuk taman.

    Isnin, 5 Ogos 2013

    Taman Tasik Seremban


    Taman yang mempunyai pemandangan yang indah ini adalah tempat yang terbaik untuk berjogging pada pagi ataupun petang. Pokok-pokok yang tinggi dan besar ini memberikan tempat berteduh kepada orang yang mengunjunginya.
    Terdapat bangku panjang yang diperbuat daripada konkrit di tepi tasik di mana pelawat boleh berehat dan menikmati keindahannya.

    Rembau Crystal Sdn. Bhd.


        

    Rembau Crystal Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 06 Jun 2007. Penubuhan ini adalah berdasarkan perkongsian syer di antara Yayasan Negeri Sembilan dan Syarikat HM Crystal Sdn. Bhd.
    Penubuhan syarikat ini adalah bertujuan untuk mengkomersialkan lagi produk kristal dengan mempelbagaikan pengeluaran berasaskan produk tersebut. Di samping itu, penubuhan syarikat ini juga mengambil kira saranan kerajaan dimana slogan "satu daerah satu industri" menjadi ilham kepada penubuhan syarikat ini. Selain daripada pembuatan kaca dan kristal, syarikat ini juga bakal menjadi salah satu destinasi perlancongan di daerah Rembau dan Negeri Sembilan secara amnya.


    Produk Rembau Crystal

    Barangan serta produk yang akan dan telah dikeluarkan adalah merupakan barangan yang berbentuk kristal. Antaranya merupakan lampu hiasan kristal, barangan cenderamata atau hadiah, pinggan mangkuk, perhiasan dan pelbagai lagi.